CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, November 23, 2008

SALAM DUKA...LAGI?

Memang aku sangat sayang padanya. Sangat 'compatible'. Dia professional. Tetapi....ingin aku jelaskan walaupun hatiku sangat menyayanginya kali ini, tetapi aku masih berpijak di bumi nyata. Dia mempunyai keluarga. Dan dia amat bertanggungjawab. Malah pada diriku pun dia mencuba sedaya upaya. Aku sedar itu. Hakikatnya aku sendiri tidak dapat menerima kenyataan itu. Aku merasakan aku tidak berdaya menerimanya. Aku melafazkan kepadanya supaya tidak menghubungiku. Hatiku meronta-ronta. Aku amat harapkan bantuan supaya aku diselamatkan. Diselamatkan dari cinta yang amat aku perlukan. Dari dia yang amat aku sayang dan amat aku harapkan. Aku frust.......aku amat amat kecewa. Sekarang ini aku amat duka. Dia bercuti bersama keluarganya dan aku telah meminta supaya hubungan kami diputuskan. Baru 4 hari sahaja dia tidak menghubungiku atas permintaan ku tetapi aku telah bermimpi Adam 3 hari berturut-turut dalam mimpi ku. Adakah dia sedang mengingati ku jua....

Sunday, February 24, 2008

KENAPA DIA BEGITU....


Aku kenali dia ketika aku sedang benar-benar sunyi dari rasa cinta yang hampir aku lupakan. Ketika bertemu dia di ruangan chatting aku berterus terang mengatakan yang aku tidak mencari cinta tetapi mencari hubungan sebenar dalam percintaan terus terang ku katakan perkahwinan. Dia seperti meragui , dan ingin bertemu setelah beberapa bulan berchatting. Walaupun aku gusar bertemunya di waktu malam , tetapi dia lebih cool dan membuatkan aku lebih merasa senang dengan kehadirannya. Itu lebih kurang apa yang terjadi 5 bulan lepas pertemuan pertama aku dgn nya. Sejak dari itu , kami bertemu dan aku senang dgn nya. Dia juga bermasalah dalam bisnes dan sebagainya. Tapi tidak sekali dia menceritakan tentang hubungan-hubungan terdahulunya. Cuma kekadang kalau dia tercerita aku mendengar dan memproses. Jujur,....aku dah bosan dgn cinta. Aku tak harapkan dia menyintai aku. Cuma hati perempuan seperti aku.....senang kalau ada lelaki sepertinya di sisi. Hari ini masuk hari kedua dia tidak menghubungiku. Dan ini bukan sekali....ada beberapa kali dia membuat aku begini. Susah sgt kah hendak ber sms? Walaupun aku cukup percaya dia belum berkahwin tetapi hati ku tetap berkata-kata. Apa yang membuatnya tidak menghubungiku? Walau hanya sebaris ayat pengganti diri? Beberapa kali juga aku nekad tidak akan meneruskan hubungan dengannya lagi tetapi sehingga kini aku masih lagi mengharapkan keadaan lebih baik. Hmmm.....pls call me..

Saturday, December 29, 2007

SELAMAT DATANG CINTA!


U r welcome to my blog. Kalau nak tau betapa sukarnya percintaan untuk org seperti aku. Survive di dalam dunia percintaan. Masih dummy walaupun dah bercinta 5 kali? Yup. What to do. So for all the dummies like me( kalau mahu digelar begitu) ikuti cerita ku dan cerita kalian untuk ku jadikan sempadan.


Eh aku ke yang bodoh....or sememangnya orang lain tak cukup pandai?