CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 23, 2008

SALAM DUKA...LAGI?

Memang aku sangat sayang padanya. Sangat 'compatible'. Dia professional. Tetapi....ingin aku jelaskan walaupun hatiku sangat menyayanginya kali ini, tetapi aku masih berpijak di bumi nyata. Dia mempunyai keluarga. Dan dia amat bertanggungjawab. Malah pada diriku pun dia mencuba sedaya upaya. Aku sedar itu. Hakikatnya aku sendiri tidak dapat menerima kenyataan itu. Aku merasakan aku tidak berdaya menerimanya. Aku melafazkan kepadanya supaya tidak menghubungiku. Hatiku meronta-ronta. Aku amat harapkan bantuan supaya aku diselamatkan. Diselamatkan dari cinta yang amat aku perlukan. Dari dia yang amat aku sayang dan amat aku harapkan. Aku frust.......aku amat amat kecewa. Sekarang ini aku amat duka. Dia bercuti bersama keluarganya dan aku telah meminta supaya hubungan kami diputuskan. Baru 4 hari sahaja dia tidak menghubungiku atas permintaan ku tetapi aku telah bermimpi Adam 3 hari berturut-turut dalam mimpi ku. Adakah dia sedang mengingati ku jua....

0 comments: