Sudah lama aku tidak menulis di ruangan ini. Mungkin aku sedang bahagia? Hmmm....cintaku dan harapanku pada jejaka yang kuceritakan sebelum ini mungkin hanya tinggal kenangan. Sementelah tiada lagi panggilan ku berjawab. Aku tak mahu memikirkannya lagi. Aku mahu hidup lebih bahagia dengan caraku sendiri. Namun hajat ku itu tidak lama, Adam kembali semula dalam hidupku. Lelaki yang pernah aku sayangi namun aku matikan hasratku setelah aku tau dia bukan duda seperti yang diucapkan tapi masih suami orang. Aaaaahhh....kenapa la mesti perkara sebegini berlaku padaku. Bersungguh untuk menjadikan aku isteri keduanya....dan sekarang melayan ku penuh hati2 agar hatiku tidak terguris lagi. Memang mudah untuk aku kembali sayang padanya. Kali ini ...sangat sayang.....
Monday, November 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment